9.2.10

SETIAP BAYI SATU BUKU

Program Setiap Bayi Satu Buku (SBSB) telah dilancarkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP). Program ini diadakan untuk menggalakkan budaya membaca sejak bayi lagi. Oleh itu, setiap perpustakaan di Pulau Pinang harus mempromosikan program ini.

Buku bayi ini sangat istimewa kerana ia dihasilkan daripada kain dan bukannya kertas. Buku ini sangat bewarna warni, boleh dilipat, dibasuh dan sesuai dijadikan teman rapat (bantal busuk) anak-anak anda!

Perpustakaan Desa ini telah memilih seorang kanak-kanak untuk dijadikan sebagai percubaan dalam mempromosikan buku ini dan ianya diberikan percuma kepada adik Nur Zulfa Bt. Sazali.

AKTIVITI-AKTIVITI PDTS 2009...

LATAR BELAKANG


Perpustakaan Desa Siber Ilmu Taman Sempadan ditubuhkan pada tahun 2006. Ia merupakan projek Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Perpustakaan ini diambil nama sempena nama Taman Sempadan dan ia terletak di antara sempadan 2 negeri (Pulau Pinang dan Perak).

Perpustakaan ini telah dibuka dengan rasminya oleh Dato' Raslin B. Abu Bakar iaitu Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sendiri pada 31 Mei 2009. Perpustakaan ini telah dirasmikan bersama-sama 3 buah perpustakaan lain iaitu PD Kg. Besar, PD Sg. Chenaam & PD Chung Kwang.

Perpustakaan desa ini terletak di dalam kawasan Pusat Aktiviti RT Taman Sempadan, Taman Transkrian & Taman Pekaka. Bangunan Perpustakaan Desa ini pula berkembar dengan Tabika Perpaduan. Selain itu, ia juga berdekatan Taski ABIM Al-Hijrah & surau Taman Sempadan.

Perpustakaan desa ini melanggan akhbar Utusan Malaysia & News Strait Times setiap hari dan melanggan secara bulanan majalah Stadium, Dewan Siswa, Keluarga, Al-Islam, Anjung Seri, Rasa, Pa&Ma, Kuntum, Kawan dan Asuh untuk bacaan pengguna dari pelbagai peringkat umur.

Sehingga kini, perpustakaan ini mempunyai jumlah koleksi melebihi 4000 buah
buku.

KEMUDAHAN KEAHLIAN

KEMUDAHAN KEAHLIAN

☻ Pinjaman / Pemulangan buku
☻ Akhbar & Majalah
☻ Rujukan
☻ Multimedia
☻ Kemudahan komputer
- membuat folio, tugasan sekolah dll
- Perisian Microsoft Office
Aktiviti Tambahan :-
(setiap petang Jumaat & Sabtu)
♥ mewarna, melukis, bercerita, origami, kraftangan dll.

Permainan yg disediakan :-
* Saidina, Sahibba, Catur, Dam, Congkak, Dominoes, Puzzle, i-play toys dll.
Mainan i-play toys